Wednesday, August 11, 2010

Sedih & sebak dengan pemergianNya...

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.


Semalam aku mendapat berita buruk pada pukul 3 pagi diatas pemergian pak cik aku..sedih & sebak yang teramat. Aku bergegas ke hospital HKL dengan nenek dan sepupu aku kemudian kami terus menuju ke surau untuk mandikan jenazah dan sembahyang sekali gus. 

Tepat pukul 10 pagi jenazah selamat dikebumikan..aku tidak dapat menahan sebak ketika itu...Aku sempat snap pitcha semasa proses pengebumian untuk tatapan kita semua..






Ketika itu, terdetik perasaan takut, insaf sume ada..Kita perlu sedar kita hanyalah sementara sahaja di dunia ini bukan untuk selama-lamanya..suatu hari nanti kita pasti akan mengadapNya......


Takziah aku ucapkan kepada famili kau Mila (sepupu rapat belah abah), ini semua takdir  & dugaan yang Allah s.w.t tentukan. Aku harap kau dapat berhadapan dengan segala dugaan dengan penuh kesabaran..Aku percaya kau memang seorang anak yang tabah! 

Aku nampak ketabahan kau semalam..aku turut sedih dengan pemergian ayah kau..tp kau harus ingat yang pergi tetap pergi..kita juga akan menyusul seperti dia tp kita tidak tahu bila..Mungkin aku tak berada ditempat kau, tp aku pun dapat rasakan keperitan dan kesedihan kau..

Kau kena kuat!HARUS!sebab kau tak boleh tunjuk yang kau lemah depan mak kau dan adik kau! Ingat tuh..kita harus teruskan hidup walau macam mane pun..sekarang kita hanya perlu mendoakan agar ayah ko ditempatkan digolongan orang-orang yang beriman..aminnnn

1 comment: